Wednesday 18 December 2013



       PENGENALAN

Industri kecil dan sederhana (IKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu pada purata 8.4% setahun dalam tempoh masa 1989-1994 ternyata tidak akan tercapai tanpa sumbangan dan sokongan besar IKS. Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020.





SYARIKAT YANG MENJADI TERAJU UTAMA DALAM INDUSTRI MAKANAN RINGAN



Fazz Enterprise adalah sebuah perniagaan berasaskan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah ditubuhkan pada 24 Febuari 1985. Syarikat ini diusahakan sejak turun temurun oleh keluarga En. Hj Muhammidin bin Hj. Abas.


Memulakan perniagaan sejak tahun 1985 dengan mengusahakan pelbagai perniagaan secara kecil-kecilan dan Fazz Enterprise  ditubuhkan sebagai pengeluar atau pengilang produk makanan ringan, seperti krepek ubi, kledek, maruku, temped dan banyak lagi. Sumber bahan mentah yang diperoleh adalah yang berkualiti tinggi dan memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan.

Syarikat Fazz Enterprise menjalankan aktiviti memproses dan mengilang produk dibawah jenama Kerepek House. Sumber bahan mentah yang diperoleh adalah melalui ladang hak milik syarikat mereka sendiri.

Perusahaan yang dijalankan berkapasiti pengeluaran 15 tan sebulan ini mempunyai 12 orang pekerja bumiputera tempatan yang beroperasi secara aktif di Jalan Cempaka,Kanchong Darat Banting Selangor menjadi sebagai Usahawan Bimbingan Fama dan mendapat bantuan daripada agensi kerajaan yang lain dan disokong oleh strategi pemasaran yang efektif, pengeluaran yang mempunyai tahap nilai tambah yang tinggi serta pembangunan inovasi yang cekap. Fazz Enterprise bersedia menembusi pasaran makanan halal tempatan dan luar negara.





Produk Kerepek House dipasarkan secara meluas ke semua pasaraya,Agro Bazar Fama. Di samping itu, syarikat berupaya membantu  Ibu tunggal meningkatan taraf kehidupan mereka. Produk Fazz Enterprise bukan sahaja popular dipasaran tempatan malahan mendapat sambutan pelanggan antarabangsa.

Latar Belakang Syarikat

HAJA HALIQ SDN BHD merupakan salah satu syarikat yang menceburi dalam industri kecil sederhana (IKS) iaitu menjalankan perusahaan makanan ringan. Penubuhan HAJA HALIQ SDN BHD sejak tahun 1975 dan di ilhamkan penubuhannya oleh En. Mohammad Ishak bin Bashri dan diwarisi turun-temurun. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat sendirian Berhad di mana perusahaan yang menggunakan nama perniagaan Mister Muruku ini merupakan milik keluarga dan kini diteruskan legasinya oleh adik beliau iaitu En. Haji Hassan Bin Bashri beliau mengambil alih pengurusan Mister Muruku selama 20 tahun. Perusahaan Mister Muruku ini bertapak di Selangor iaitu kawasan no.3 & 5, Jalan 18/17 Taman Kanagapuram, Petaling Jaya. Kini Mister Muruku mengorak langkah dengan menyediakan kilang pemprosesan bahan mentah, tempat pembungkusan, dan tempat penjualan runcit di daerah Petaling Jaya, Selangor dan pusat pengedaran di seluruh Malaysia. Perusahaan ini dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Haji Hassan Bin Bashri. Perusahaan ini telah berkembang daripada perusahaan kecil-kecilan kepada sebuah perusahaan yang semakin berkembang dan dikenali oleh semua lapisan masyarakat.

Syarikat HAJA HALIQ SDN BHD yang gah beroperasi kini sebenarnya dibangunkan dengan usaha dan keringat daripada pengasasnya iaitu En. Mohammad Ishak Bin Bashri dan keluarga. Melalui usaha tanpa jemu disamping pengorbanan dan kesabaran yang tinggi telah menjadikan perniagaan mereka pada awalnya secara kecil-kecilan telah membuahkan hasil dengan perkembangan yang memberangsangkan. Haja Haliq Sdn Bhd dibangunkan dengan modal sendiri dan keluarga sebanyak RM 25 000 dan operasi dijalankan dengan perlahan-lahan dimana banyak rintangan dan masalah di peringkat awal operasi iaitu pinjaman dan pembiayaan agak sukar di perolehi.


ISI DAN MISI
VISI

Menjadikan HAJA HALIQ SDN. BHD sebuah perusahaan yang di kenali oleh semua   lapisan masyarakat dan meluaskan pasaran ke seluruh peringkat domestik dan antarabangsa

MISI

1.      Misi HAJA HALIQ SDN. BHD adalah untuk memaksimumkan keuntungan atas penjualan produk yang di keluarkan.
2.      Menawarkan produk-produk yang berkualiti, halal dan memuaskan pelanggan.
Memberi perkhidmatan dan bantuan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) serta pengusaha tempatan.


Objektif Syarikat

1.      Menjadi pengeluar dan pengeksport makanan yang utama ke pasaran antarabangsa menjelang tahun 2020 di peringkat global.
2.      Pemodenan sektor pertanian dan peranan baru sebagai penjana ekonomi.
3.      Memperkenalkan dan memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.
4.      Menyediakan makanan yang diproses memenuhi piawaian halal dan suci kepada para pengguna.
5.       Menyediakan peluang pekerjaan kepada anak watan setempat.

 Produk Syarikat

1.      Muruku
2.      Biji Gajus
3.      Kacang Goreng
4.      Kerepek Ubi Kayu
5.      Kerepek Pisang
6.      Kerepek Bawang
7.      Geragau Udang
8.      Keropok Kacang Dal
9.      Rempeyek Kacang / Dal
10.  Kuih Loyang/ Ros
11.  Keropok Roda
12.  Kuih Tiram
13.  Bahulu Cermai

Syarikat HAJA HALIQ SDN. BHD mengeluarkan produk utama yang berasaskan kekacang, ubi kayu, pisang tanduk dan keledek. Setelah produk-produk tersebut telah mendapat sambutan dalam pasaran, barulah perniagaan ini diceburi dengan serius dengan memperbesarkan kilang pemprosesan dan membuat penambahan pada jenis produk  seperti kuih tradisional.


Maruku dan kerepek keluaran HAJA HALIQ SDN. BHD memenuhi citarasa setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, kerepek yang dikeluarkan mempunyai pelbagai virasi citarasa seperti pedas,BBQ,original, masin, blackpaper, kari dan sebagainya.Komponen yang pertama ialah jenama. Bagi memasarkan sesuatu produk dengan berjaya dan untuk menarik pengguna supaya membeli produk tersebut, syarikat haruslah membezakan produknya daripada produk-produk yang lain. Salah satu cara bagi membezakan produknya ialah dengan menggunakan strategi penjenamaan. HAJA HALIQ SDN. BHD menggunakan jenama Mister Maruku untuk pengeluaran produk-produknya. 


ALAMAT KILANG



 No. 3 7 5, Jalan 18/17, Taman Kanagapuram,
46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7782 9118, 03-7782 9457
Fax : 03-7782 6843
















Carta Analisis "Fish Bone"












































No comments:

Post a Comment