PENGENALAN
Industri
kecil dan sederhana (IKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan
perkembangan ekonomi negara. Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu pada
purata 8.4% setahun dalam tempoh masa 1989-1994 ternyata tidak akan tercapai
tanpa sumbangan dan sokongan besar IKS. Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam
mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara
perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan
pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi
negara selepas 2020.
Menjadikan HAJA HALIQ SDN. BHD sebuah perusahaan yang di kenali oleh semua lapisan masyarakat dan meluaskan pasaran ke seluruh peringkat domestik dan antarabangsa
No. 3 7 5,
Jalan 18/17, Taman Kanagapuram,
46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
SYARIKAT
YANG MENJADI TERAJU UTAMA DALAM INDUSTRI MAKANAN RINGAN
Fazz Enterprise adalah sebuah perniagaan
berasaskan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah ditubuhkan pada 24
Febuari 1985. Syarikat ini diusahakan sejak turun temurun oleh keluarga En. Hj
Muhammidin bin Hj. Abas.
Memulakan perniagaan sejak tahun 1985 dengan
mengusahakan pelbagai perniagaan secara kecil-kecilan dan Fazz Enterprise ditubuhkan sebagai pengeluar atau pengilang
produk makanan ringan, seperti krepek ubi, kledek, maruku, temped dan banyak
lagi. Sumber bahan mentah yang diperoleh adalah yang berkualiti tinggi dan
memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan.
Syarikat Fazz Enterprise menjalankan
aktiviti memproses dan mengilang produk dibawah jenama Kerepek House. Sumber bahan mentah yang diperoleh adalah melalui
ladang hak milik syarikat mereka sendiri.
Perusahaan yang dijalankan berkapasiti
pengeluaran 15 tan sebulan ini mempunyai 12 orang pekerja bumiputera tempatan
yang beroperasi secara aktif di Jalan Cempaka,Kanchong Darat Banting Selangor
menjadi sebagai Usahawan Bimbingan Fama dan mendapat bantuan daripada agensi
kerajaan yang lain dan disokong oleh strategi pemasaran yang efektif,
pengeluaran yang mempunyai tahap nilai tambah yang tinggi serta pembangunan
inovasi yang cekap. Fazz Enterprise bersedia menembusi pasaran makanan halal
tempatan dan luar negara.
Produk Kerepek House dipasarkan secara
meluas ke semua pasaraya,Agro Bazar Fama. Di samping itu, syarikat berupaya
membantu Ibu tunggal meningkatan taraf
kehidupan mereka. Produk Fazz Enterprise bukan sahaja popular dipasaran
tempatan malahan mendapat sambutan pelanggan antarabangsa.
Latar Belakang
Syarikat
HAJA HALIQ SDN BHD merupakan salah satu syarikat yang
menceburi dalam industri kecil sederhana (IKS) iaitu menjalankan perusahaan
makanan ringan. Penubuhan HAJA HALIQ SDN BHD sejak tahun 1975 dan di ilhamkan
penubuhannya oleh En. Mohammad Ishak bin Bashri dan diwarisi turun-temurun.
Syarikat ini merupakan sebuah syarikat sendirian
Berhad di mana perusahaan yang menggunakan nama perniagaan Mister Muruku ini merupakan milik
keluarga dan kini diteruskan legasinya oleh adik beliau iaitu En. Haji Hassan
Bin Bashri beliau mengambil alih pengurusan Mister
Muruku selama 20 tahun. Perusahaan Mister
Muruku ini bertapak di Selangor iaitu kawasan no.3 & 5, Jalan 18/17
Taman Kanagapuram, Petaling Jaya. Kini Mister
Muruku mengorak langkah dengan menyediakan kilang pemprosesan bahan mentah,
tempat pembungkusan, dan tempat penjualan runcit di daerah Petaling Jaya,
Selangor dan pusat pengedaran di seluruh Malaysia. Perusahaan ini dimiliki
sepenuhnya oleh keluarga Haji Hassan Bin Bashri. Perusahaan ini telah
berkembang daripada perusahaan kecil-kecilan kepada sebuah perusahaan yang
semakin berkembang dan dikenali oleh semua lapisan masyarakat.
Syarikat HAJA HALIQ SDN BHD yang gah beroperasi kini
sebenarnya dibangunkan dengan usaha dan keringat daripada pengasasnya iaitu En.
Mohammad Ishak Bin Bashri dan keluarga. Melalui usaha tanpa jemu disamping
pengorbanan dan kesabaran yang tinggi telah menjadikan perniagaan mereka pada
awalnya secara kecil-kecilan telah membuahkan hasil dengan perkembangan yang memberangsangkan.
Haja Haliq Sdn Bhd dibangunkan dengan modal sendiri dan keluarga sebanyak RM 25
000 dan operasi dijalankan dengan perlahan-lahan dimana banyak rintangan dan masalah
di peringkat awal operasi iaitu pinjaman dan pembiayaan agak sukar di perolehi.
ISI DAN
MISI
VISI
VISI
Menjadikan HAJA HALIQ SDN. BHD sebuah perusahaan yang di kenali oleh semua lapisan masyarakat dan meluaskan pasaran ke seluruh peringkat domestik dan antarabangsa
MISI
1. Misi
HAJA HALIQ SDN. BHD adalah untuk memaksimumkan keuntungan atas penjualan produk
yang di keluarkan.
2. Menawarkan
produk-produk yang berkualiti, halal dan memuaskan pelanggan.
Memberi
perkhidmatan dan bantuan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS)
serta pengusaha tempatan.
Objektif
Syarikat
1. Menjadi
pengeluar dan pengeksport makanan yang utama ke pasaran antarabangsa menjelang
tahun 2020 di peringkat global.
2. Pemodenan
sektor pertanian dan peranan baru sebagai penjana ekonomi.
3. Memperkenalkan
dan memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.
4. Menyediakan
makanan yang diproses memenuhi piawaian halal dan suci kepada para pengguna.
5.
Menyediakan peluang
pekerjaan kepada anak watan setempat.
Produk
Syarikat
1. Muruku
2. Biji Gajus
3. Kacang Goreng
4. Kerepek Ubi Kayu
5. Kerepek Pisang
6. Kerepek Bawang
7. Geragau Udang
8. Keropok Kacang Dal
9. Rempeyek Kacang / Dal
10. Kuih Loyang/ Ros
11. Keropok Roda
12. Kuih Tiram
13. Bahulu Cermai
Syarikat HAJA HALIQ SDN. BHD mengeluarkan produk utama
yang berasaskan kekacang, ubi kayu, pisang tanduk dan keledek. Setelah
produk-produk tersebut telah mendapat sambutan dalam pasaran, barulah perniagaan
ini diceburi dengan serius dengan memperbesarkan kilang pemprosesan dan membuat
penambahan pada jenis produk seperti
kuih tradisional.
Maruku dan kerepek keluaran HAJA HALIQ SDN. BHD memenuhi
citarasa setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, kerepek yang dikeluarkan
mempunyai pelbagai virasi citarasa seperti pedas,BBQ,original, masin,
blackpaper, kari dan sebagainya.Komponen yang pertama ialah jenama. Bagi
memasarkan sesuatu produk dengan berjaya dan untuk menarik pengguna supaya
membeli produk tersebut, syarikat haruslah membezakan produknya daripada
produk-produk yang lain. Salah satu cara bagi membezakan produknya ialah dengan
menggunakan strategi penjenamaan. HAJA HALIQ SDN. BHD menggunakan jenama Mister Maruku untuk pengeluaran
produk-produknya.
ALAMAT KILANG
Tel :
03-7782 9118, 03-7782 9457
Fax :
03-7782 6843